Saturday, 14 March 2015

Kepentingan Kebersihan Peribadi (Personal Hygiene)



Dalam semua pejabat di seluruh dunia akan sentiasa ada seseorang yang mempunyai bau badan yang buruk, mengalami nafas yang berbau dan cara pemakaian yang tidak terurus dan kusut. Kebanyakan orang akan mengelakkan diri daripada berhampiran sesiapa yang mempunyai pelbagai masalah ini, tidak kira betapa cekap mereka bekerja, orang lain akan mengelak daripada mereka.

Sekiranya anda mempunyai masalah ini, anda hanya perlu mengambil sedikit perhatian kepada penjagaan dan penampilan diri anda.

Masalah yang perlu dijaga ialah: 

  • Bau Badan. Anda memang tidak boleh menghidu bau badan diri sendiri, tetapi orang lain boleh. Jadi anda perlu mandi dengan kerap, pakai deodoran dan minyak wangi(perfume) setiap hari. Jangan dipakai semula pakaian yang telah anda pakai untuk turun kerja keesokan harinya kerana ini akan menyebabkan pakaian anda berbau busuk. Ini adalah kerana pakaian membawa baki peluh anda.

    • Kebersihan Oral. Berus gigi anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan juga floskan gigi anda secara berkala. Sekiranya anda makan makanan yang mengandungi bawang putih dan bahan lain, berkumur segera selepas makan.
    • Penampilan. Jika pakaian anda tidak diseterika dan kotor, jika rambut anda kusut dan kelihatan tidak disikat, jika kasut anda tidak rapi, maka anda akan kelihatan nampak tiada keyakinan dalam diri anda dan akhirnya teman sekerja tidak mahu bergaul dengan anda. Daripada itu, anda harus jaga penampilan luaran anda juga. Penampilan adalah apa yang orang lihat pada pandangan pertama mereka.

        Manfaat Menjaga Kebersihan

        1. Meningkatkan kepercayaan diri
        Masalah mulut seperti bau mulut, gigi berlubang dan penyakit gusi ternyata bisa berpengaruh pada kepercayaan diri seseorang. Dengan mulut yang sehat yang bebas dari penyakit gusi dan gigi berlubang, kualitas hidup juga dapat menjadi lebih baik. Tentunya hal itu juga akan menumbuhkan rasa percaya diri saat berkomunikasi dengan orang lain. Jadi, tunggu apalagi?! Segeralah jaga kebersihan dan kesehatan mulut Anda.
        2. Turunkan resiko penyakit jantung
        Peradangan kronis dari penyakit gusi telah dikaitkan dengan perkembangan masalah-masalah kardiovaskular seperti penyakit jantung, penyumbatan pembuluh darah, dan stroke. Karenanya jika Anda rajin menjaga kebersihan dan kesehatan mulut, maka resiko penyakit jantung itu akan berkurang.
        3. Mempertahankan daya ingat
        Penyakit radang pada gusi (gingivitis) menunjukan hasil buruk pada tes daya ingat dan kemampuan kognitif lain dibandingkan dengan mereka yang memiliki gusi dan mulut sehat. Gingivitis dapat menunjukkan gejala antara lain pembengkakan gusi dan gusi berdarah. Orang-orang dengan radang gusi lebih cenderung berkinerja buruk pada tes lisan untuk daya ingat dan tes keterampilan yang biasa digunakan dalam kehidupan sehari-hari.
        4. Mengurangi risiko infeksi dan peradangan pada tubuh
        Jika Anda rajin menjaga kesehatan dan kebersihan mulut maka, Anda akan terhindari dari penyebaran infeksi dan peradangan pada tubuh. Karena kesehatan mulut yang buruk telah dikaitkan dengan perkembangan infeksi pada bagian lain dari tubuh.
        5. Membantu menstabilkan gula darah bagi yang memiliki diabetes
        Jika kesehatan dan kebersihan mulut Anda terjaga, itu akan membantu menstabilkan gula darah bagi penderita diabetes. Terbukti orang dengan diabetes yang tidak terkontrol seringkali memiliki penyakit gusi. Dengan kata lain kebersihan mulut juga berpengaruh dalam menstabilkan gula darah.
        6. Menjaga kesehatan bayi bagi wanita hamil
        Perempuan mungkin mengalami peningkatan gingivitis selama kehamilan. Beberapa penelitian menunjukkan hubungan antara penyakit gusi kelahiran bayi prematur dan bayi lahir dengan berat badan rendah. Artinya, kebersihan dan kesehatan mulut bisa mempengaruhi kondisi janin ibu hamil

        RASULULLAH TUNJUK CARA JAGA KEBERSIHAN DIRI

        Kesempurnaan agama mencakupi setiap inci kehidupan umatnya. Nilai kebersihan yang diterapkan dalam kehidupan seharian penting untuk diamalkan. Disiplin dalam amalan kebersihan akan mencegah daripada penyakit berbahaya seperti demam denggi dan leptospirosis.

        Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud kebersihan itu sebahagian daripada iman menjelaskan agama Islam sangat menitikberatkan kebersihan.
        Selain itu, kepentingan kebersihan di sisi agama Islam boleh dilihat melalui ibadah solat yang meletakkan bersuci sebagai syarat sah ibadah itu. Ini kerana Islam agama fitrah dan fitrah itu sesuatu yang bersih serta suci.
        Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya ia tidak akan menjadi beban buat umatku, telah aku arahkan mereka supaya bersugi (memberus gigi) sebelum solat.”

        Sabda Rasulullah SAW: “Islam itu bersih oleh kerana itu bersihkanlah dirimu, sesungguhnya tidak akan masuk syurga kecuali orang yang bersih.”

        Kebersihan rohani

        Umat Islam bukan saja dididik dengan kebersihan luaran, malah kebersihan dalaman atau kebersihan rohani. Firman Allah SWT: “Dan bersihkanlah pakaianmu dan jauhilah perbuatan yang kotor (dosa).” (Surah al-Muddatsir, ayat 4-5)

        Setiap perkara yang kita lakukan adalah biasan atau cerminan daripada dalaman diri. Faktor ini menyebabkan Rasulullah SAW sangat menitikberatkan kebersihan hati iaitu tunjang utama kepada tubuh badan kita.
        Umat Islam mesti mengambil berat kebersihan anggota badan, pakaian, tempat tinggal, persekitaran dan apa saja berkaitan kehidupan seharian kita. Hal ini bertepatan firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang menyucikan diri.” (Surah al-Baqarah, ayat 222)

        Menjaga kebersihan satu ibadah dan mendatangkan pahala kerana ia perbuatan yang dicintai Allah SWT. Nabi Muhammad SAW menunjukkan cara menjaga kebersihan merangkumi semua bidang. Anggota luaran diberi perhatian lebih kerana ia membentuk personaliti selain membantu mencegah penyakit.

        Saidatina Aishah berkata: “Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah); memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinjak).” (Riwayat Muslim)

        Kebersihan mulut, gigi penting

        Kebersihan mulut dan gigi juga penting. Profesional menyatakan, kesihatan anggota badan terutama sistem penghadaman bergantung kepada kebersihan mulut dan gigi.

        Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya ia tidak akan menjadi beban buat umatku, telah aku arahkan mereka supaya bersugi (memberus gigi) sebelum solat.”

        Keprihatinan Rasulullah SAW dalam soal kebersihan bukan saja mencakupi soal kebersihan mulut dan gigi, kekemasan rambut dan wajah. Sikap Baginda yang menitikberatkan amalan kebersihan memang tidak ada tolok-bandingnya.

        Selain itu, Rasulullah SAW memberi tunjuk ajar cara memotong kuku dan bagi yang mengikut sunnah itu disediakan ganjaran pahala. Amalan ini penting kerana kuku yang panjang mempunyai sejenis kuman seperti terdapat dalam najis manusia iaitu e-coli. Kuman itu tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun.

        Kebersihan dalam agama Islam turut meliputi ruang lingkup pemilihan makanan. Firman Allah SWT: “Wahai orang yang beriman! Makanlah dari benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat.”

        Islam telah menggariskan panduan terbaik buat umatnya dalam soal kebersihan. Bukan garis panduan biasa, malah dibekalkan dengan ganjaran pahala buat umatnya sebagai bekalan akhirat.

        Kebersihan Diri Amat Penting

        KEPENTINGAN MENJAGA KEBERSIHAN Menjaga kebersihan merupakan satu amalan yang penting dalam kehidupan kita. Lazimnya, kebersihan perlu disemai sejak dari kecil maka, ibu bapalah yang yang memainkan peranan yang penting dalam mengasuh anak-anak untuk menjaga kebersihan sama ada kebersihan diri atau kebersihan alam sekitar. Dengan menjaga kebersihan, kesihatan kita akan terjamin. Kita tidak mudah mendapat penyakit dan mengelakkan penyakit merebak terhadap orang lain. Penyakit-penyakit berjangkit dapat dihindari sekiranya alam persekitaran sentiasa mengekalkan kebersihan. Misalnya kebersihan yang perlu dilakukan khususnya atas makanan dan tempat tinggal persekitaran. Di samping itu, senario kebersihan juga akan membentuk otak yang cergas dan badan yang sihat. Dengan adanya badan yang sihat, kita bebas daripada sebarang penyakit. Pelajar mudah belajar dan memahami sesuatu pelajaran yang diajar oleh guru, jadi, lebih mudah untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Badan kita yang cerdas membolehkan kita aktif dalam pelbagai lapangan terutama dalam arena sukan. Sekiranya kita menjaga kebersihan, dapatlah kita menonjolkan imej atau perawakan yang menarik. Imej kita dipandang tinggi dan bersih. Ini memudahkan kita bergaul dengan orang ramai. Misalnya, dari segi pemakaian pakaian dan kebersihan diri kita dalam kehidupan seharian. Selain itu, menjaga kebersihan juga penting dalam memberi keselesaan hidup atas tempat tinggal mahupun alam persekitaran. Kawasan yang bersih akan memberikan sejuk mata memandang. Oleh itu, tidak rugi kita menjaga kebersihan. Kita dapat menghindarkan serangan nyamuk, lalat dan perosak-perosak lain. Kehidupan kita sentiasa akan selesa tanpa sebarang gangguan. Amalan kebersihan haruslah dilaksanakan setiap masa supaya terhindar daripada sebarang penyakit. Kita juga akan menjadi bangsa yang sentiasa dihormati dan disanjungi tinggi dengan adanya pendedahan terhadap kepentingan kebersihan. Justeru itu, konsep menjaga kebersihan perlu disemai dan diperturunkan daripada generasi ke generasi yang lain. Kata-kata hikmat, ’’Negara Bersih, Rakyat Sihat; Badan sihat, otak cergas.’’

        Cara-Cara Menjaga Kebersihan Diri


        1. Basuh tangan sebelum makan (amalkan 7 langkah basuh tangan)
        2. Pakai pakaian yang dibasuh untuk mengelakkan daripada berbau dan penyakit kulit
        3. Bersihkan kawasan persekitaran (tempat tinggal) / buang sampah di tempat yang dikhaskan (tong sampah).
        4. Bersihkan badan dengan membersihkan setiap anggota badan.
        5. Elakkan daripada memasuki rumah dengan berkasut/selipar.